Bahagian Sumber Manusia Universiti Islam Malaysia

MISI UIM

Universiti Islam Malaysia (UIM) yang ditubuhkan pada tanggal 8 April 1955 dan kini berstatus IPTS, meletakkan misi untuk menyediakan orientasi penyelidikan, pengajaran dan pendidikan pasca siswazah yang berteraskan ilmu dan kebijaksanaan, menggabungkan Inovasi dan Tranformasi ke arah pembangunan sahsiah dan minda intelektual sejagat.

FALSAFAH SUMBER MANUSIA
Berpandukan misi UIM di atas serta kedudukan UIM sebagai universiti Islam, pengurusan UIM menekankan paksi hubungan dengan Pencipta berpusat (centre), iaitu Allah SWT sebagai aspek terpenting pembangunan sumber manusia. Ini diperluaskan seterusnya dengan hikmah (w isdom ) dalam menjalin
hubungan dengan sesama manusia, termasuk hubungan dengan pihak berkepentingan UIM seperti majlis raja-raja, agensi awam, anggota majlis, lembaga pengarah universiti dan rakan sekerja, juga hubungan dengan klien, pembekal, IPT lain dan seumpamanya. Semua pegawai dan kakitangan UIM (selepas ini dipanggil ‘personel’) juga perlu menjaga hubungan dengan alam sekitar serta amanah untuk terus menjaganya. Gabungan ini menjadi asas kepada dasar-dasar bersabit sumber manusia di UIM.

TUJUH NILAI TERAS
Selain asas tersebut, terdapat Tujuh (7) Nilai Teras yang mesti digarap oleh setiap personel UIM:

  1. Amanah (Trustworthy ) iaitu jujur, berintegriti, telus kepada pihak atasan, mematuhi dasar dan peraturan yang ditetapkan serta boleh dipercayai.
  2. Keyakinan (Faith ) – iaitu mempunyai keikhlasan dalam menjalankan tugas, menjadikan pekerjaan di UIM sebagai ibadah (untuk personel beragama Islam), keyakinan kepada halatuju UIM dan kepada keputusan yang diambil oleh pihak atasan.
  3. Kesungguhan ( Passionate ) – iaitu tekun, produktif dari segi output, mengamalkan profesionalisme dan berinovatif.
  4. Tanggungjawab (Responsible ) – iaitu melaksanakan tugas dengan komited, sedar akan risiko dan mempunyai akauntabiliti.
  5. Bekerjasama (Teamwork ) – menggalakkan dan mengamalkan esprit de corp dalam tugasan yang memerlukan kerja berpasukan, boleh bekerja dengan sesiapa sahaja.
  6. Berhikmah dalam Tindakan (Wisdom in Action ) – mengutamakan kepentingan universiti, menjaga reputasi baik UIM, bersikap profesional dalam urusan, menganalisa dengan ilmu dan kebijaksanaan sebelum membuat keputusan.
  7. Dipacu Hasil (Result driven) – iaitu dengan keinginan untuk menjayakan misi UIM dan berjaya melakukannya secara jangka pendek atau jangka panjang.

Pejabat Pendaftar
Universiti Islam Malaysia
Blok I, Bangunan MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

Tel: +603-8324 6666 | Fax: +603-8318 6846
Email: info[a]uim.edu.my

Enquiry / Feedback: http://helpdesk.uim.edu.my